Asyiqin Ismadi : Bestfriend Baru , Kelas Pertama .
Blog ini adalah cerita yang diungkapkan dengan indah dan menjadikan aku yang pernah menjadi manusia , kembali manusia .

Wednesday, November 9, 2011

Bestfriend Baru , Kelas Pertama .

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .

Saya ganti aku .

Aku kenal dia dari aku tingkatan empat , aku kenal dia lagi lama dari aku kenal ex boyfriend aku yang aku dah ceraikan setahun yang lepas . Tempat aku kenal dia tak romantik macam kauorang . Aku kenal dia kat gelanggang futsal . Aku ada game dengan budak-budak hot kawasan dia . Bila perempuan yang berfutsal , haruslah dikerumuni oleh anak-anak ikan yang nak tahu skill menendang kami yang sangat power . Ya , sangat power . Aku jadi goal keeper masa tu , tapi aku lagi hebat dari Khairul Fahmi . Aku tahu korang mengakui kenyataan ni . Dia ni antara anak-anak ikan yang jadi boboi tukang sorak . Memang sweet . Dia tegur aku . Tanya nama apa semua tu , aku jawab dengan sabar dan tekun . Akhirnya , kumpulan aku kalah . Kalah sebab dia yang menghilangkan konsentrasi aku . Muka aku masa tu , jangan disebut macam mana . Serupa budak-budak main parit depan rumah , bau lagi la jangan cerita . Tapi . dia ni relax je bual dengan aku . Macam dah kenal dari zaman perut . Aku selalu terserempak dengan dia kat sekolah , muka buat relax je . Malu la nak tegur . Jatuh saham , maklumlah , masa tu aku couple dengan budak hot sekolah . Habis aku dikecam dengan perempuan-perempuan mana tah . Katanya aku tak layak kawan dengan budak hot tu . Kisah pulak aku . Dia okay je kawan dengan aku . Lepas habis SPM , dia mula mesej aku . Masa tu aku baru putus cinta . Kononnya tak nak layan lelaki , dek kerana kecewa . Layan pon gitu-gitu je . Yang dia ni , punya la sabar layan aku yang , kau tahu la macam mana . Ada satu masa tu , aku dengan dia lost contact . Gaduh besar yang teramat . Sampai putus kawan . Jumpa pon tak tegur , jeling-jeling mata juling . Sampai satu masa ni , aku boring gila . Ya , sangat boring yang kalau dibiarkan aku boleh gila. Dengan muka tebal kuih seri muka , aku misscall dia . Tunggu dia mesej dulu . Tunggu punya tunggu , tak ada . Sampai la ke malam . Aku dah tidur , baru dia mesej . Dia bagi tau , dia kerja pagi . Pasal tu tak mesej . Esoknya , aku kawan balik dengan dia . Cool bro ? Mestilah . Sekarang , dia jadi bestfriend aku . Sangat bestfriend . Tapi , kawan lama aku lebih sikit bestfriendnya . Yang aku tak puas hatinya , perangai dia ni dajal sikit . Satu hari tak kenakan aku , macam tak lengkap hidup dia . Dah macam rutin harian dia . Nasib baik sabar , kalau tak memang dah lama aku dodoikan guna kaki . Dia terima aku apa adanya , sama macam bestfriend aku yang lain . Dia tak suka aku cakap kasar , katanya , aku kan perempuan . Sangat sentap . Tapi betul lah apa yang dia cakap . Terima dengan redha . Aku panggil dia guna satu nama yang aku dengan dia je tahu . Yang ni private wall . Bajek habissss . Banyak lagi sebenarnya , Takkan semua nak cerita kan . Simpan sikit buat hari tua . Gambar dia aku post hari lain . Nanti kang kauorang terjatuh cinta pulak kat muka dia yang konon-konon rare . Sentap lagi .

No comments:

Post a Comment