Asyiqin Ismadi : Berbudi bahasa sikit lah . Baru 1 Malaysia .
Blog ini adalah cerita yang diungkapkan dengan indah dan menjadikan aku yang pernah menjadi manusia , kembali manusia .

Monday, December 17, 2012

Berbudi bahasa sikit lah . Baru 1 Malaysia .


Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca dan para blogger sekalian . 


Gila sakai intro gua . gua bukan apa , gua cuma macam erggghhhh kenapa lah pemandu-pemandu kereta dekat malaysia ni kebanyakkan nya menyakitkan hati manusia lain yang memandu termasuklah menyakitkan hati gua . gua menulis ni dengan segumpal rasa geram yang gua rasa melepasi tahap kritikal dan kalau diukur mahu melepasi 8 skala ritcher . kalah taufan sandy dekat amerika sana . wohaaa ! 



begini ceritanya , tadi gua pergi menjemput adik gua yang pergi berdating dan biasalah gua memang dijadikan driver tetap walhal bukan kerjaya itu yang gua harapkan sepanjang zaman remaja gua . gila loser ya tuan-tuan dan puan-puan , gua berdating tak ada pulak yang nak hantar . poodahh ceit ! gua sambung , sampai satu tempat dekat kampung gua , jalan sempit . biasalah , kampungkan . entah datang dari mana satu kereta yang sangat tidak berbudi bahasa tak nak mengalah padahal dia nampak kereta gua dari jauh . sampai dekat , dia tetap tak mengalah , wadehel . gua pun memang tak mengalah laa . gua sebelah parit kot , nak suruh gua menguber ke hape ? ah , gila sawan . gua kedepan dia kedepan , nak bercium dah bumper kereta gua dan kereta dia . dia punya poyo , tetap tak mengalah . mak gua suruh berundur , bagi dia jalan . kalau ikut gua , memang tak laa gua nak mengalah . 



gua berundur dia terus kedepan , memang nak kena betul manusia ni . tak faham bahasa , dulu amik lesen tak belajar budi bahasa ke wooi ! dan gua terus tak mengalah , banyak cantik muka lu . ingat kereta kau ferrari ke hape nak suruh gua hormat gua sanjumg bagai . puihhh ! gua paling benci manusia begini . belagak nak mati . arghh , gua benci ! gua terus kedepan , suruh dia yang mengalah pulak . akhirnya dia kena mengalah , tu pon lepas gua hon dia macam nak pecah gegendang telinga . sungguh tidak berbudi bahasa . 



dan sebab tu gua malas nak bawak kereta . kadar carutan gua lebih tinggi berbanding biasa walaupun carutan gua pada tahap sederhana . setakat cilaka tu biasa . macam mana lah tak kena cilaka kalau dah belok tak pakai signal , bawak kereta pada kadar 40 km/j tapi duduk line kanan . see ? sebab mereka-mereka ini lah gua hampir-hampir menempah lot kubur , sungguh memang manusia yang patut kena maki dengan gua . 



lagi satu , manusia yang wajib kena maki dengan gua ialah manusia yang memang sengaja nak bazirkan duit pergi cat kereta mereka . cuba kau bayangkan , kau pergi bpmall lepas tu penat-penat kau carik parking then kau tunggu orang tu keluar dan tiba-tiba datang dari mana entah seekor kereta kepunyaan seorang malaun merembat parking yang kau tunggu tu . apa perasaan kau ? geram tahap dewa sembilanbelas dan carutan yang adfgjkhll gua boleh bagi . sungguh cilaka gila perangai mereka-mereka ni . dan jangan tanya gua kalau kau pergi kereta sempurna , kau balik kereta kau tetiba ada cacat cela . itu karma , karma yang kau cipta sendiri . jangan nak salahkan gua . hahaha






gua manusia berhemah . pandu kereta pakai cermin mata untuk mengelakkan gua yang kena maki .

maklumlah , rabun kan . hahaha

1 comment: