Asyiqin Ismadi : Kronologi Gila .
Blog ini adalah cerita yang diungkapkan dengan indah dan menjadikan aku yang pernah menjadi manusia , kembali manusia .

Sunday, July 15, 2012

Kronologi Gila .

Assalammualaikum .

Kesibukan dan keterbatasan masa untuk meluangkan masa menghadap blog membuatkan gua lambat mengupdate blog gua yang ohsem gilanakmati ni . Sejujurnya aku katakan kesibukan melampau ini menyebabkan gua tidak lagi sempat melepak di macha sambil makan roti dan minum nescafe suam bersama-sama rakan seperjuangan gua di petang mahupun di malam hari . Gua merasakan gua sangat the loser . Kahkah . Sebelum meneruskan bacaan anda , gua bagi amaran . Entri kali ini panjangnya melebihi 1000 patah perkataan . Anda dinasihatkan supaya bersabar ketika membaca ataupun pergi keluar daripada blog gua . *muka serius . 

Pertamanya , gua bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi peluang bernafas sehingga gua mencapai takat didih gua , 19 tahun . Ya ya , gua tahu gua sudah meningkat dewasa tapi tidak bermakna lu orang boleh panggil gua remaja purba . Eh , gua masih muda belia tau . Haha . Terima kasih kepada semua yang ingat birthday gua , yang beri ucapan di facebook , mahupun orang perseorangan , terima kasih banyak gua ucapkan sekali lagi . Terima kasih juga gua ucapkan kepada member-member kamching dan 2 beradik gua yang telah berjaya menguli gua menjadi ayam crunch . Untuk pertama kalinya , gua dikalahkan oleh diaorang . Mengikut kronologi yang telah disusun , kami ( gua dan mereka ) sepatutnya ke sungai lurus untuk makan kerang sambil menikmati pemandangan matahari terbenam sambil ditemani oleh anak-anak ketam yang baru belajar berjalan tetapi menemui ajal kerana terlanggar manusia . Dan sebaliknya yang berlaku , gua ditipu hidup-hidup . Gua rasa loser untuk kedua kalinya . Kedajalan mereka telah menyedarkan gua bahawa , air yang dicampur dengan sabun basuh dan tepung kunyit telah menjahanamkan baju kelas gua . Derita tau kita nak rendam baju . Haha 


Ini namanya dajjal gua tak beringat . Gua rasa , gua boleh goreng terus . 


Orang kata jalan ni lejen , gua kata jalan ni puaka k puaka . 


Tak habis kat jalan , depan rumah pon gua kena . Eh , siap pakai baldi tau . Takut tak takut .


Krew-krew dajal  yang menjahanamkan gua . Haha . Gua tengah bersiap nak mendajalkan 2 beradik gua pulak . Kahkah *gelak jahat


Atoto , omelnyee . Ini baru adil , lu gua kena . Haha 


Muka gua yang sangat berbesar hati kerana birthday gua dihargai walaupun gua bermandikan tepung kunyit . Terharu k , terharu .


Muka bangga jadi raja sehari . Kahkah 


Gua tak tahu diaorang kepala dajal hari tu . 


Kepada korang , gua tengah mengumpul wang untuk memberi serang balas untuk meraikan birthday korang . Siapa yang belum cukup takat didih , siap sedia eh . Hahahaha 






No comments:

Post a Comment