Asyiqin Ismadi : Seminggu punya cerita .
Blog ini adalah cerita yang diungkapkan dengan indah dan menjadikan aku yang pernah menjadi manusia , kembali manusia .

Sunday, July 29, 2012

Seminggu punya cerita .

Assalamualaikum .

Alhamdulillah , 8 hari dah kita puasa . Eh , jangan pandang ku sebelah mata . Puasa aku penuh lagi , no ponteng-ponteng . Sebenarnya dari semalam aku nak update blog , tapi tidak berkesempatan . Maklumlah , semalam aku exam muat eh muet jadi minah english yang konon-kononnya sangat fasih berbahasa engris . Malam harinya , aku pergi hantar mak aku pergi window shopping . Dekat expo je pon . Ye la , aku ni mana kaya nak berwindow shopping di First Lady mahupun di Ariani . Bajrai tu pun aku rasa dah macam Ariani . Sebenarnya , aku belum ada lagi baju raya untuk raya pertama . Entah bila aku nak carik pun aku tak tahu . Raya lama lagi kan tapi aku rasa aku punya busy makin meningkat . Aku belum cat rumah , ganti kain langsir , jahit manik baju , cuti sekolah lama lagi . Puasa-puasa ni aku rasa lifeless je pergi sekolah . Pergi sekolah pagi-pagi balik sekolah tengahari yang terik dan sangat menguji iman aku bila aku haus gila sebab lari kat tengah padang kena kejar dengan raksaksa dandan tu baru pukul 1 setengah orang-orang dah sibuk bukak kedai jual air macam-macam pelbagai perisa . Kau tahu kan perasaannya ? Bila dah haus , nampak tulisan air sejuk je aku dah rasa macam grrrr . Hari jumaat lepas aku pergi bazar lepas balik kelas . Kau tahu kan , puasa ni panas terik , Masa kat bazar nampak air je aku macam ahhh budak kecik pun boleh sabar aku je tak . Semua tempat aku pergi konon-konon nak lambatkan masa tunggu buka entah ideologi mana aku pakai  . Sampai satu masa tu aku tak larat nak jalan dan aku rasa nak merangkak je kat bazar tu ' Nad , dukung aku boleh kan ? ' Balik bazar aku jumpa kawan lama . Moment yang kononnya comel bila kitaorang terserempak dari arah yang berlainan dan dia pusing balik semata-mata nak tegur aku . How sweet you mat . Haha .

Kalau dah namanya belajar , tudung tegak pon jadi senget . Bak kata Alia ' Biar muka hodoh asal otak cerdik ' . Entah mana dia dapat pon aku tak tau tapi kalau difikir balik , logik sebenarnya . Jangan kau ingat tudung kau tegak sembilan puluh darjah kau boleh dapat pakwe handsome macam nazim othman . Haha . 

Puasa hari kedua , aku keluar berbuka dengan kawan aku . Sebenarnya aku pergi hantar kawan aku balik naik bus lepas tu aku lepak masjid yang ada aircond . Cuaca memang menduga aku hari tu , panas gila . Nak tunggu berbuka rasanya macam tunggu orang masuk meminang .

Eksaited tak eksaited aku makan . Kawan kita belanja pizza tau . Dia kata hadiah hari jadi . Terharu tau . Ye lahkan , aku mana ada pakwe yang nak bagi aku hadiah sebesar bpmall . 

Maaflah tak dapat nak tunjukkan muka dia yang sebenar . Maklumlah , dia ramai peminat kang aku yang kena serbu sape yang nak tanggung ye dak ? Sape yang kenal diharapkan dapat memberi kerjasama dengan tidak menghebahkan ke khalayak umum tentang beliau . Haha . Baru pukul 8 perut aku dah berkeroncong hebat , macam mana nak tahan sampai pukul 7 . *sigh . 

No comments:

Post a Comment