Asyiqin Ismadi : DUA ORANG LAGI TUNGGU GILIRAN .
Blog ini adalah cerita yang diungkapkan dengan indah dan menjadikan aku yang pernah menjadi manusia , kembali manusia .

Tuesday, October 30, 2012

DUA ORANG LAGI TUNGGU GILIRAN .

Assalamualaikum , Salam sejahtera , salam perpaduan dan salam satu Malaysia .

Sudah menjadi prinsip hidup aku , setiap perkara yang berlaku akan dibalas semula . Jika tepung yang mereka beri maka tepung jugalah yang akan mereka terima . Jika bernasib baik , mungkin tepung cap lili akan digantikan dengan tepung yang lebih berkualiti seperti tepung kentucky . Kepada Sharena Aliah dan Nurul Faradila yang akan sampai ke tarikh akhir belasan tahun , anda dinasihatkan supaya bersiap sedia pada hari lahir anda kerana anda mungkin diserang hendap mahupun akan menerima kejutan yang tidak akan anda sangka . Mohon korang berdua menerimanya dengan hati yang terbuka . Sejauh mana anda mengelak , andai jodoh tepung itu dengan anda maka anda tetap akan terkena . 

Refresh balik sejarah manusia yang bertuah menjadi mangsa tepung 1 Malaysia .

Ini dia mangsa pertama . Memandangkan beliau ini mudah ditipu makanya segala rancangan yang telah diatur berjalan dengan lancar . Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai . Kepada Nadiah Rosman , diharapkan anda dapat menerima kejutan dengan hati yang terbuka seluas stadium bola .

Perkenalkan mangsa yang seterusnya , Irnna Dayana . Ini bukan gambar masa birthday dia . Yang penting , masa birthday dia , semuanya berjalan lancar tapi lambat sikit jadinya , nasib baik tak hujan dik oii . kalau tak bertepung gomak an lah kami-kami yang terlibat .

Ha, ini dia mangsa yang seterusnya . Dari gambar je kita dah boleh agak yang nadiah lah paling galak sekali baling tepung dekat ain . Walaupun modus operandi yang digunakan untuk mengenakan mereka agak sama , tetapi ain tetap terkena . Aku pun tak faham kenapa . Mungkin nak buat kenangan kot . Boleh tunjuk kat anak cucu bila tua kang . Hahaha

Mangsa seterusnya . Dia ingat dia balik pasar awal-awal tak kena jugak agaknya . Tolonglah . Walaupun dimana kau berada , tepung akan mengekorimu . Bertuah lah kau kena kat sekolah , kalau tak memang lagi dahsyat lah kau kena . Mohon kau bersyukur . Pelan kedua ni dikira menjadi . Big clap untuk aku . Hahaha 

Ini bukan mangsa , ini tawanan namanya . Disebabkan masa birthday dia ,dia terlepas . Makanya , dia dijadikan tawanan . Tawanan oleh seorang pengganas . Hahaha . Muka cuak je cimoy , gaya macam nak kena bunuh je . 

Atoto , ni mesti muka tak sabar nak sampai hari jadikan . Korang mesti dah kenal . Kanan tu Alia , kiri tu Faradila . Gila excited muka diorang ni . Takpe-takpe , biar diaorang amik feel dulu , kang tak sempat bergumbira dah kena pangsen . Tolong bersedia bawak pakaian lebih kalau keluar masa birthday korang sebab korang akan diperhatikan . Dan diserang hendap . Hehehe 

Kesimpulannya , masa birthday korang tak payah nak percaya cakap sesiapa pon sebab mungkin diaorang tu semua orang suruhan je nak pangsen kau . Dimana dan bila tu , biarlah masa yang menentukan . Tolong siap sedia . Sekian .






No comments:

Post a Comment