Asyiqin Ismadi : SANDARKAN PADA KENANGAN .
Blog ini adalah cerita yang diungkapkan dengan indah dan menjadikan aku yang pernah menjadi manusia , kembali manusia .

Wednesday, October 24, 2012

SANDARKAN PADA KENANGAN .

Assalamualaikum . 


Sedang bermuhasabah dan baru sedar exam dah dekat dan mengeluh panjang . Nampak lah yang aku memang tak pernah ambil tahu pasal periksa ni semua . Aku sedang usahakan untuk belajar lepas tu habis kan ulangkaji sebelum periksa . Tapi , kau tahulah aku macam mana . Bila suruh belajar je , memang liat . Aku lebih suka berangan dan berangan kat kelas . Kalau tak berangan , tidur . Macam tu lah pusingannya   . Dan aku memang terkenal dengan gaya snuker bila belajar . Aku cuma boleh fokus 5 minit pertama je . Lepas tu , tongkat dagu . Lepas tu rebah ke meja . Serius . Adat budak sekolah macam aku ni , masa belajar pasang earphone bukak radio ketawa sorang-sorang tu biasa . Daripada bising masa cikgu ngajar . Ya , dan aku rasa lepas ni aku pastinya rindu sekolah . Bukan rindu sekolah ya kawan-kawan , rindu kenangan yang ada kat sekolah . Setahun setengah ni , aku dapat kawan baru . Bestfriend baru aku rasa . Macam-macam hal aku buat , setakat ponteng kelas tu perkara biasa . Kadang-kadang niat aku pergi sekolah tu dah terpesong , pergi sekolah sebab nak jumpa kawan . Disebabkan kelas aku kat kabin , masuk kelas kena bukak kasut . Rasa macam tadika pon ada . Bilamana cikgu tak ada , ramai-ramai duduk belakang kelas tidur , tak pon gosip semasa , tak pon main batu seremban . Tipikal lah budak kelas kedua perangai macam tu , bising tahap dewa tu dah biasa sangat . Sampai satu masa tu , gaduh sebab bising . 

A :  woi , diam lah ! Nak bising tempat lain lah bro . 
B : masa aku belajar kau bising tak apa pulak kan !
A : Dah tu , kau nak balas dendam la sekarang ?
B : ....................

Berhari tak bertegur , ni perkara betul . Budak sekolah kan , apalah sangat gaduh mulut ni . 

Try cari mana aku ? Ni semua angkatan tentera Ismail Bakar . Cikgu paling handsome , paling baik , paling paling semua jenis paling ah senang cerita . Kalau nak diceritakan pasal kelas aku , sampai ke tua belum tentu habis . Perangai masing-masing . 

Oh , ya . Ni bestfriend baru . Meet the gorgeous . Perkenalkan , dari kanan Alia , Ain , Cimoy , Effa , Nana , Nadiah , Mangel dan Fara . Mohon bestfriend lama jangan kecil hati . Korang tetap di hati . Tahun ni baru rasa kemeriahannya bila dah bercampur gaul dengan diaorang . Setakat mendajjal orang tu perkara biasa . Baru-baru ni je , buat suprise hari jadi dah macam sukan tahunan sekolah . Lari bagi tak cukup tanah . Ketawa sakan tu perkara biasa , masing-masing ada bakat melawak . Memang sah lah teringat-ingat kat diaorang bila habis sekolah . 

Yang ni , perfect 10 . Tambahan dua orang , Aina dan Siti . Nampak lah candid nya kat situ . Masing-masing  punya hari jadi memang wajib kena tepung gomak ni . Selagi aku masih ada , korang tak terlepas punya . Muahahaha . Ketawa jahat . 


No comments:

Post a Comment