Kalau korang belek-belek timeline facebook korang , korang akan perasan dalam sehari mesti ada orang yang cakap dia rindu zaman sekolah . Masa lepak-lepak dekat macha pon kadang-kadang gua boleh teringat zaman muda mudi gua , zaman semua member gua masih bergelar pelajar sekolah yang dok asyik berlepak pung pang pung pang selagi surau depan tak azan maghrib , gua dan yang lain memang tak akan balik . Gua rindu most of the people involve in my memories .
Gua masih simpan gambar graduasi gua tingkatan 5 . Sungguh gua rindu mereka semua . Entah bila lagi kita semua boleh bergambar gini . Masing-masing dah ada haluan sendiri . Masa ni kawan-kawan dah mula berpisah dengan gua . Ada yang belajar sehingga ke luar negeri , ada yang dah bekerja . Gua still kat sini , tunggu diaorang balik dan pergi lepak bersama . Itu rutin gua .
Untuk budak perempuan yang super comel macam gua , zaman ni boleh dikatakan nightmare untuk gua sebab bila gua pandang sekeliling , semua geng gua dah ber'kawan' . Lepas tu , mereka akan cerita pasal kebahagiaan mereka dan gua akan terlopong dan cume menyampuk sekali sekala kerana gua tak ada cerita yang boleh dikongsi . Masa ni , gua dah start fikir pasal diri gua sendiri . Tentang muka gua , tentang berat badan gua , tentang crush yang tak pernah nak perasan gua selalu skodeng dia guna pintu belakang kelas masa dia lalu pagi-pagi pakai beg warna biru dan gua rasa 'choii , crush ni buta ke hape ! Haha ' . Paling penting gua fikir pasal singleliness . Gua dah bagitau mak gua , bila umur gua sampai 20 tahun then gua belum berpunya , gua mohon beliau carikkan gua pacar . Gua tak mintak lebih , muka macam Sherson Lian pon gua dah cukup bersyukur . Hoho . Love of the first sight tu yang penting . Baru feel-feel romantik . Sedar tak sedar , dua tahun dah gua single lalala . Belum ada rasa nak berdua , mungkin lepas ni gua tak bercinta sebab gua terus berkahwin . Bercinta lepas kahwin lagi sweet kot . Haha
Based daripada apa yang gua tengok dekat sekeliling gua , dengan adanya blog , facebook , twitter gua rasa menulis blog ni adalah perkara yang berfaedah . Guees what ? Mungkin anak-anak gua akan baca cerita dekat blog gua dan diaorang akan tahu cerita hidup gua dari mula gua berblogging dan insyaAllah sehingga gua tua . Mungkin diaorang akan stalk facebook gua , tengok status apa yang paling hot gua pernah tulis .
Dan lepas tu , diaorang pon akan hidup dengan bersign up dalam sosial network sama macam gua sekarang . Masa tu mungkin diorang akan cakap ' Eleh mak , macam tak pernah addicted dekat facebook je ' *sigh
Tolong bagi gua cara macam mana nak maintain berat badan . Lepas stpm gua ingat nak mohon polis , tapi berat gua makin menaik . Turunnya tidak . Ergh !
No comments:
Post a Comment