Asyiqin Ismadi
Blog ini adalah cerita yang diungkapkan dengan indah dan menjadikan aku yang pernah menjadi manusia , kembali manusia .

Monday, December 17, 2012

Berbudi bahasa sikit lah . Baru 1 Malaysia .


Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca dan para blogger sekalian . 


Gila sakai intro gua . gua bukan apa , gua cuma macam erggghhhh kenapa lah pemandu-pemandu kereta dekat malaysia ni kebanyakkan nya menyakitkan hati manusia lain yang memandu termasuklah menyakitkan hati gua . gua menulis ni dengan segumpal rasa geram yang gua rasa melepasi tahap kritikal dan kalau diukur mahu melepasi 8 skala ritcher . kalah taufan sandy dekat amerika sana . wohaaa ! 



begini ceritanya , tadi gua pergi menjemput adik gua yang pergi berdating dan biasalah gua memang dijadikan driver tetap walhal bukan kerjaya itu yang gua harapkan sepanjang zaman remaja gua . gila loser ya tuan-tuan dan puan-puan , gua berdating tak ada pulak yang nak hantar . poodahh ceit ! gua sambung , sampai satu tempat dekat kampung gua , jalan sempit . biasalah , kampungkan . entah datang dari mana satu kereta yang sangat tidak berbudi bahasa tak nak mengalah padahal dia nampak kereta gua dari jauh . sampai dekat , dia tetap tak mengalah , wadehel . gua pun memang tak mengalah laa . gua sebelah parit kot , nak suruh gua menguber ke hape ? ah , gila sawan . gua kedepan dia kedepan , nak bercium dah bumper kereta gua dan kereta dia . dia punya poyo , tetap tak mengalah . mak gua suruh berundur , bagi dia jalan . kalau ikut gua , memang tak laa gua nak mengalah . 



gua berundur dia terus kedepan , memang nak kena betul manusia ni . tak faham bahasa , dulu amik lesen tak belajar budi bahasa ke wooi ! dan gua terus tak mengalah , banyak cantik muka lu . ingat kereta kau ferrari ke hape nak suruh gua hormat gua sanjumg bagai . puihhh ! gua paling benci manusia begini . belagak nak mati . arghh , gua benci ! gua terus kedepan , suruh dia yang mengalah pulak . akhirnya dia kena mengalah , tu pon lepas gua hon dia macam nak pecah gegendang telinga . sungguh tidak berbudi bahasa . 



dan sebab tu gua malas nak bawak kereta . kadar carutan gua lebih tinggi berbanding biasa walaupun carutan gua pada tahap sederhana . setakat cilaka tu biasa . macam mana lah tak kena cilaka kalau dah belok tak pakai signal , bawak kereta pada kadar 40 km/j tapi duduk line kanan . see ? sebab mereka-mereka ini lah gua hampir-hampir menempah lot kubur , sungguh memang manusia yang patut kena maki dengan gua . 



lagi satu , manusia yang wajib kena maki dengan gua ialah manusia yang memang sengaja nak bazirkan duit pergi cat kereta mereka . cuba kau bayangkan , kau pergi bpmall lepas tu penat-penat kau carik parking then kau tunggu orang tu keluar dan tiba-tiba datang dari mana entah seekor kereta kepunyaan seorang malaun merembat parking yang kau tunggu tu . apa perasaan kau ? geram tahap dewa sembilanbelas dan carutan yang adfgjkhll gua boleh bagi . sungguh cilaka gila perangai mereka-mereka ni . dan jangan tanya gua kalau kau pergi kereta sempurna , kau balik kereta kau tetiba ada cacat cela . itu karma , karma yang kau cipta sendiri . jangan nak salahkan gua . hahaha






gua manusia berhemah . pandu kereta pakai cermin mata untuk mengelakkan gua yang kena maki .

maklumlah , rabun kan . hahaha

Dari Johor lalu Perak untuk ke Cameron Highlands .

Assalamualaikum .

As yu'olls noe , gua kan pergi melancong dengan itu family dan sedara-mara gua yang paling rapat . Bermacam-macam rintangan ye nak sampai ke destinasinya . lupa nak bagitau , gua pergi new zealand malaysia  aka cameron highlands . kereta rosak tu perkara biasa lah kan , katanya nak adventure kan. hahaha . kami gerak pukul 4 pagi dan meredah highway yang masih gelap dan memerlukan lampu untuk menyuluh sepanjang jalan . kami berhenti dekat ayer keroh untuk sembahyang subuh dan kembali meneruskan perjalanan . dan as usual gua dan adik beradik gua yang lain tidur sepanjang jalan .

perjalanan mengambil masa selama 7 jam , ya . lamanyaa jangan cerita . bangun tidur bangun tidur still tak sampai-sampai lepastu dah laa tak ada line maxis . kalau tak boleh gua bergurau dengan arjuna untuk menghilangkan boring .

walaupun malaysia tewas dengan thailand tapinya gua tetap berbangga menjadi rakyat malaysia . kalah bermaruah ye bukan menang dengan cara tahi macam tu . thailand loser k loserrr . dan gua benci pengadil tahap kritikal nak mati , gua sumpah pengadil tu darurat sampai mati . hahaha 

Gua tak beli banyak benda kat sana . gua cuma beli stokin dan mafla untuk menghilangkan sejuk beku kat sana . nak mandi pon fikir sepuluh kali . atuk gua kemain bershopping sakan dekat sana . kalau tak gua , adik sedara gua lah yang jadi mangsa mengangkat barang atuk gua . nampak jagung , beli . nampak keledek , beli , nampak sayur , beli . eh , kalau boleh semua nak dibeli . meroyan ha kena bawak banyak-banyak , dah laa sejuk . sabar je laa . hahaha
dan gua sebenarnya malas nak cerita panjang-panjang , bukan kau orang nak baca pon . nah , tengok lah gambar yang ada ni . 














gambar terakhir
|

|
|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

jeng jeng jeng ......
" Apahal muka kau buruk sangat ni ngah ?"- Mak Incik

" tetiba jadi macam tu mak , comel lah tu . kan anak mak jugak . haha "-Gua 

Arjuna tak cukup tidur dan emosinya kurang stabil dan gua yang kena dan gua buat selamba je padahal memang gua yang salah . nasib kau lah arjuna dapat gua ni , sabar je hari-hari kena layan gua yang suka buat kau marah sampai tahap dewa . hahaha .

p/s : arjuna kalau marah amatlah menggerunkan . pisyoww !

Thursday, December 13, 2012

Aku kan pergi..........

Assalamualaikum .

sekejap lagi aku akan berangkat meninggalkan batu pahat . 2 hari je . dan aku telah mengcancelkan semua plan yang aku buat seminggu yang lepas kerana percutian ini . beria ayah aku tanya " ngah , bila habis periksa  , ngah bila habis periksa " rupanya dia dah ada plan sendiri . dan sebagai anak yang taat , mestilah aku kena ikut kan .

kepada ayah , mohon pastikan percutian ini menjadi percutian yang sangat seronok sampai buat anakmu yang comel ini tak menyesal mengcancel plan pergi kenduri kahwin dekat rumah botak .

mak aku tak bagi tidur sebab nak gerak pukul 3 pagi . Sang arjuna pula ke mana entah hilangnya , malaysia kalah agaknya . frust mungkin . hahaha . kata nak teman aku stay up sampai pukul 3 , belum-belum dah hilang . hmmmm , memang aku kena stay up pung pang pung pang dengan adik beradik aku yang dua orang ni .

Jangan rindu kita tau , hahaha .

p/s : Doakan aku selamat pergi dan balik ya ! 

Wednesday, December 12, 2012

Saya sudah merdeka merdeka merdeka !

Assalamualaikum .

Saya sudah bebas bebas bebas ! hahaha , apak gila eksaited ye saya menunggu hari yang paling bersejarah  dalam kalendar 2012 saya . selama setahun setengah saya belajar bergurau , ketawa ,menangis dan segala-segalanya . Eh , jangan pelik . sempena meraikan kemerdekaan ni , saya guna kata ganti diri nama saya . comel bukan ? hahaha .



Biar saya ceritakan tentang pengalaman setahun setengah saya ya . Mula-mula masuk , saya ada kawan-kawan lama yang sama kelas dengan saya . bila diaorang pindah masuk politeknik , saya tinggal sendiri dalam satu kelompok asing yang saya rasa macam loser bila mana saya tak ada teman untuk berbual dan bergurau senda . ya , saya memang bukan budak yang peramah yang boleh tiba-tiba je kawan dengan orang lain . dan selama setengah tahun saya hidup sendiri . ada pun kawan biasa yang saya tak rapat lagi masa tu . cuma hai-hai je bila jumpa . saya cuma datang sekolah untuk tidur dan balik . very the loser masa tu . hahaha

tahun berikutnya , saya jumpa kawan ngam yang boleh masuk dengan kepala saya yang kanan kiri depan belakang ni . bila dah jumpa geng , keluar lah semua sifat semulajadi yang selama ni saya pendam . habis huru hara kelas tu saya kerjakan . saya ni kira pelajar paling pemalas . kerja tak pernah siap , kat kelas tidur manjangg , ponteng kelas , datang lambat semua saya buat . haha . ada geng , semuanya jadi . wahh , indahnya masa tu . tiba-tiba rindu . rindu semuanya pasal sekolah . rindu kabin , rindu kerusi meja , rindu nak tidur kat belakang , rindu nak panjat grill , rindu crush , ahhh rindu semuanyaaaa . 




baju purple ni yang paling saya rindu nanti .
lepas ni , simpan je baju ni dalam almari .
buat kenangan , setahun setengah berjasa .
tak pernah merungut , tak pernah buat hal .
gaya macam orang je baju tu . hahaha 





dan tidak lupa , saya akan rindu baju pengakap saya yang comel tu .
sangat comel . sampai tiap-tiap minggu saya tak lupa nak pakai .
pangkat kelana tu yang tak boleh lupa .
terasa bangga ye ada pangkat kat baju pengakap kita .
lupa pula , potret keluarga berbaju uniform tu yang saya tak lupa .
sangat ohsemm gila ya bila bergambar seragam .









oh yaa , sebelum terlupa .
saya akan rindu baju mppu ni . 
sampai ke alamanda baju ni berjalan . haha 
baju yang acap kali digunakan untuk aktiviti luar kelas .
saya masuk penta pakai baju ni tau ,
baju kebangsaan kami .



jeng-jeng , tidak lupa juga baju korporat merah mak ngah yang telah mencetuskan kontrobersi yang sangat hangat ye sampai kelas kami yang terkena tempiasnyaa . hahaha . perkara lepas usah dikenang . baju ni ada nama saya tau , Asyiqin Ismadi . seingat saya , dua kali je saya guna baju ni . lepas tu , dok terperap je dalam almari tu haa . buat kenangan zaman sekolah .






saya akan rindu wanita-wanita ini semua . pastinya rindu mereka .
masa sekolah hari-hari jumpa . lepas ni , entah laa .



dan yang paling saya akan rindui , mestilah mereka bertiga .
dulu , masa kat sekolah kitaorang selalu buat kerja sama-sama .
hari-hari kongsi bekal , balik sama-sama . pergi tandas sama-sama .
saya tidur , diorang yang cover line . hehe
terima kasih teman saya untuk setahun ni .
saya pastinya akan rindu kalian sangat-sangat .



Tadaa ! baju rasmi kelas kami . papa mail pon ada tau .
baju yang tidak ada di semua kedai , kami je yang ada .
baju rasmi kelas , siap ada nama lagi tau .
yang pastinya , kelas kami je yang ada baju kelas .
wehuuuu , jangan jeles semua . hahaha


lepas ni , tiada lagi pergi awal-awal pagi pergi sekolah pakai baju purple ,

tiada lagi perkongsian bekal secara berjemaah ,

tiada lagi kegiatan bersantai kat belakang kelas ,

tiada lagi rombongan cik kiah ke tandas ,

tiada lagi balik jalan ramai-ramai kat tengah padang ,

tiada lagi acara baling-baling tepung ,

tiada lagi kacau orang belajar ,

tiada lagi gosip semasa beramai-ramai ,

tiada lagi ku dengar kidungmuu dan ini tiada kaitan .

selamat tinggal alam persekolahan , selamat tinggal sekolah , selamat tinggal cikgu , selamat tinggal . tsk tsk .

Tuesday, December 11, 2012

Mohon arjuna faham cara gua . sekali ni sahaja .

Assalamualaikum .

Gua jarang tidur awal kebelakangan ni . Paling awal gua tidur 1 pagi . dan itu perkara biasa . adik gua ni lagi satu hal , berbalas mesej dengan boyprengg dia guna number gua . gua ingatkan mesej gua , rupanya mesej dia . paisehh je kan . 

sekarang gua sedang mengalami proses mengenali hati ke hati dengan seorang arjuna . ya , arjuna . mestilah lelaki . dan proses tersebut mengalami ketidakstabilan kerana cara sang arjuna dan cara gua berbeza . sangat berbeza . sampai satu masa berperang sesama sendiri . gua dengan cara gua , sang arjuna dengan caranya . doakan kami berdua bersatu dan berbahagia dikemudian hari . amin . 


kepada sang arjuna tinggi lampai dan wajah yang bisa menggugat hati kecil gua , sedikit pesanan ingin gua

titipkan sebagai peringatan ,

terima kasih kerana sudi mengenali gua walaupun kita sering bercakaran ketika berbual dan gua tahu gua 

bukan perempuan idaman kau seperti yang kau selalu sebutkan dan gua  

tidak sesempurna wanita lain . hanya satu yang gua pinta , tinggalkan gua kalau kau rasa tiada chemistry 

antara kita supaya kita tidak menyesal dikemudian hari . jangan berharap gua akan lupakan kau ya sayang 

kerana gua bukan manusia yang pelupa . ingat ini semua ya , arjuna sayang .


p/s : doakan jodoh gua dan sang arjuna selamanya . hehehe


Saturday, December 8, 2012

Makin dihitung makin lambat gaya siput geraknya .

Assalamualaikum .

Aku sedang menghitung hari , ya . menghitung hari seperti yang dinyanyikan oleh kris dayanti . yang membezakannya adalah aku bukan menghitung hari menanti yang tak pasti . aku menghitung hari untuk merdeka untuk yang kedua kalinya . masa merdeka yang pertama kalinya , keputusan yang aku dapat kurang memberangsangkan menyebabkan aku terjebak dalam peperangan yang mengheret aku ke lembah persekolahan kembali . dan merdeka yang kedua kalinya yang aku tunggu-tunggu saban hari . aku akan pastikan strategi peperangan yang aku gunakan akan berjaya membawa aku menyambung pelajaran ke peringkat ijazah tahun hadapan , insyaAllah . 

Semakin aku hitung, semakin lambat hari bertukar . aku memang tak penyabar orangnya . macam-macam rencana yang telah aku aturkan selepas habis berperang cuma aku khuatir sama ada menjadi atau tidak . biasanya , bila aku aturkan sesuatu jarang menjadi . kita hanya merancang , tuhan yang menentukan . dan sebab tu aku lebih suka plan on the spot . tak payah planning bagai . menyusahkan aku rasa . mungkin aku je yang rasa . haha 



Untuk pertama kalinya aku memakai gincu merah menyala bak mak ngah nak pergi kenduri kahwin dan 

menggayakan tudung pesen najwa latif yang tak pernah aku gayakan . 

Ya , terasa janggal . sangat janggal . aku tak pernah bergaya sebegini rupa . ini pertama kali .

Atas arahan sang adik yang merengek mahukan aku menjadi objek hidup untuk eksperimen fotografinya .

aku turuti sahaja . aku memang jarang ikut kata dia . aku kan kakak no 2 , ada hidup sendiri .

Mungkin aku perlukan kapsul gembira untuk belajar senyum . senyum untuk hidup .

dan gembirakan hati orang sekeliling aku . ahh , mula mengarut . 


panjang lagi jalan yang kena aku lalui lepas ni . penuh ranjau onak duri liku-liku gaya litar sepang  . 

aku nantikan hari untuk merdeka dan tak pernah fikirkan perkara selepas itu .

mungkin aku perlukan seseorang yang boleh menyalurkan semangat untuk aku terus berjuang .

selepas family dan sahabat-sahabat yang sentiasa ada untuk aku .

dan aku masih mencari pemilik tulang rusuk kiri dia yang hilang dan ada pada aku sekarang .

come to mama babyy . yukss ! 

aku pon tak tahu saka jiwang sapa entah yang merasuk aku dan buat aku tulis post yang aku rasa macam 

nak muntah hijau bila aku baca balik . 



p/s : aku kena luaskan perspektif aku pasal jiwang karat . karat yang akan membunuh jiwa-jiwa yang menyelaminya .


Thursday, December 6, 2012

Boleh bikin gua tak tidur malam ini orang .

Assalamualaikum . Pastinya ramai yang merindui aku , al-maklumlah sudah seminggu aku tidak mengepost . Ahh , dustaa semata . Siapa lagi nak rindu blog ni kalau bukan tuannya , ye dak ?

What a sadlife I have today ..... Hari ni gua cuma tidur 3 jam je . Bukannya gua overnight ke ape , cuma mata ni taknak melabuhkan tirai kerana membantai air kopi yang sepatutnya untuk satu teko gua buat satu cawan je . Gila pekat melekat kopinya sampai mata gua ni ha tak nak terkatup , gua buat apa yang patut dan pukul 3 setengah pagi baru boleh tidur .

Sedang gua lena diulit mimpi dan gua rasa macam baru sekejap je gua tidur , handphone pula berbunyi . Tengok skrin , "ohh , dia ni . Biarlah . " . Gua rasa macam nak sambung tidur balik , tapi memandangkan sudah dua hari tidak mendengar suaranya gua gagahkan mata ni celik .

Gua : Hello *suara garau habiss , no comel-comel bagai .
Him : Bangunlah awak oii , solat subuh .
Gua : Alaa , bagi orang sambung tidur sampai 6.30 . Nanti alarm bunyi , orang bangun .
Him : Ahh , tak percaya . Dah la bla bla .....................
Gua : Ye , orang bangun dah .

Untuk mengelakkan gua tertidur , gua duduk bersandar dekat katil . Gila mengantuk gua bagitau . Dua hari tidak bercakap , rasa janggal pon ada . haha . Dia yang galak bercerita sebab gua blur sampai mata terkatup bagai . Dia pungpang pung pang dan gua rasa kesian pulak . Penat-penat dia kol , gua badak je . So , gua layan cerita dia . Dari A sampai Z . Bila dah syok berbual , keluaq lah telo Penang dia . Tediaaaa , jenuh gua nak tukar slang gua . hehe . " satgi , hang , pi lah " . Terbelit lah lidah gua . haha

Syok sangat berbual , tengok jam dah pukul 6.40 . Gua mintak berundur dahulu dan menyuruh dia kol gua lagi . "amboi , cantik muka hang . Hang letak satgi lepas siap solat hang kol balik " . Siap solat , gua kol , dia dah tidur .....................

Sebab banyak benda gua nak setelkan , gua tak sambung tidur . Gua hebat hari ni . wehuuuu .Gua keluar dengan tira , wanita feberet . teman dia pergi bank dan tak ada hala tuju lepas tu . Pergi karaoke dekat sepuluh lagu . Dan tiba-tiba ..........

Him : awak , kat mana ?
Gua : square one , mai ah join sekali .
Him : satgi sampai .

Dan , yaaa . nebes jugak lah , mana taknya . selama ni otp je , sekali nak jumpa aii lah hati . haha .
sedang gua keluar ke kaunter untuk tambah lagu , dia dah ada kat belakang gua . berlari gua masuk bilik , nasib baik tak salah bilik =='

Berduet dua lagu okay lah kan , nasib baik suara gua bekerjasama dengan jayanya . kalau tak , malu je . haha . jumpa sekejap lepas tu balik sebab dia ada kerja , dan gua dengan tira pon balik . That's all . Thank You . haha

p/s : hari ni tak ada gambar , tahap kemalasan lagi tinggi daripada tahap kerajinan . haha


Friday, November 30, 2012

Aku gelar mereka sahabat bukan kawan bukan teman .

Assalamualaikum . 

Disebabkan stress melampau yang disebabkan oleh exam yang sangat tough dan kepatahatian haha , aku memerlukan mereka untuk  teman aku berhibur . Semuanya berlaku tanpa rancangan , aku mesej mereka dan ajak mereka keluar . Aku mesej semua , tapi tak semua yang boleh pergi . Aku faham keadaan mereka . Mana yang boleh pergi , aku pergi je dengan mereka . 

Dalam kereta sekejap bising , sekejap senyap dan ulang-ulang je macam tu . Kereta akan jadi bising bila ada benda yang lawak dan pelik . Biawak melintas je kereta macam nak pecah . Yela , ada 3 perempuan dan mulut mereka akan " aaaaa , bedus ada biawak tu ! " . Dan bedus relax je balas " ala , biawak tu patah balik ' . Errghh . Dan lepas tu kereta senyap je , macam semua tidur . Sampai satu tempat ,kereta jadi bising bila bedus keluarkan kenyataan dan masing-masing pung pang pung pang betul ke apa yang bedus cakap . Then bla bla bla .

Tempat pertama yang dituju ialah bpmall . Tak ada tempat yang nak dituju , maklumlah pergi pun tak ada rancangan . Ikut kaki yang berjalan , akhirnya berhenti depan wayang . Sampai depan wayang , bergaduh pulak nak tengok cerita apa . Yang sorang nak tengok cerita tu , yang sorang nak tengok cerita ni lepastu pergi osom last-last cerita sepah yang menang . Pergi beli tiket then tak ada seat , Ada pun seat yang depan skrin gila dan kalau aku beli jugak kitaorang akan jadi tengok cerita secara mendongak . Sungguh tak seronok . Makanya , dibatalkan dan pergi ke square one .



Sampai kat squareone , tempat wayang yang first dituju . Lepas beli tiket tak tau nak pergi mana sebab wayang mula lambat . Makanya , bedus dan syamim terpaksa lah ikut kami pergi berjalan-jalan . Kitaorang beli makanan untuk diseludup masuk wayang . Berjimat katanya . Macam nak putus tali beg aku ni ha bila beg aku ada macam-macam benda , air kotak , twisties , kamera bla bla bla . 

Cerita Sepah ni okay la , best jugak lah dilayan masa boring-boring ni . Yang jadikannya tak best , budak-budak agas mana tah yang macam orang jakun masuk wayang . Bising dia , masyaAllah . Orang senyap dia ketawa , orang ketawa dia lagilah ketawa kuat . aku rasa kitaorang salah pilih seat . Yang tu satu hal , yang budak belakang ni satu hal lagi . Disebabkan cerita yang kelakar , semua dalam panggung ketawa . Yang budak ni ketawa dan tumbuk-tumbuk  kerusi aku . Geram je . Nasib baik kaki aku tak boleh melipat ke belakang , kalau tak , aku dah sumbat dalam mulut dia  . Haha 

Keluar-keluar je , hujan . Disebabkan tak ada sape yang nak amik gambar kitaorang , kitaorang kena ambil gambar sendiri . Dan begitulah jadinya . Inilah kenangan kami berlima . Pusing-pusing bandar sampai tak tahu tempat yang dituju . Last-last cari tempat makan . Hujan-hujan , semua lapar . Kami singgah di warung mee racun seperti yang disiarkan di jalan-jalan cari makan . Okay lah rasanya , Tapinya aku macam makan racun doe , sakit perut lepas tu . Mungkin sebab tu namanya mee racun . 

Kehadapan korang , terima kasih sebab dah teman aku menghilangkan rasa stress yang bergelumang dekat aku selama beberapa minggu . Terima kasih juga untuk satu hari yang awesome gila ni . Nanti kita keluar lagi . Kali ni aku akan pastikan , semua boleh pergi . Tak ada sapa yang terkecuali . Haha 

Monday, November 26, 2012

Stress melampau mugkin ?


Ohh angin , sampaikan lah salamku kepada kerashh yang sudah berpunyaa .
Katakan padanya aku dah tak suka kat dia lagi . Hahaha

Pertama sekali , Assalamualaikum . Tengah study dan idea mencurah-curah mintak dikeluarkan . Mungkin ada yang akan muntah pelangi bila baca semua ni . Aku tak harap orang baca sebab nanti aku malu . Entah kenapa boleh jadi jiwang nak mampus aku hari ni .

Aku teringin nak jadi heroin untuk setiap cerita yang ada kat sekeliling aku . Aku hanya penonton yang hanya diperuntukkan dengan segumpal rasa kagum terhadap si heroin . Yang pasti , aku akan menyimpan semua kisah perjalanan aku ke menara impian yang mana aku harus bertarung dengan dugaan demi dugaan dan segala yang huru hara dapat aku kalahkan dengan semangat kebal yang sudah aku tanamkan sejak azali lagi . Kalaulah aku dapat menjadi seperti heroin dalam setiap situasi yang aku alami , alangkah bahagianya mak dan ayah aku mempunyai seorang puteri yang dapat membanggakan mereka . Aku memang sudah lama berhasrat untuk menjadi heroin yang menjadi igauan semua orang . Hahaha 

Setiap malam aku akan menyusun mimpi mimpi wangi tapi yang anehnya mimpi aku kerap bertukar hanyir dan meloyakan . Pernah kau rasa ? Suka dekat seseorang . Kau stalker dia kat sekolah hari-hari sampai hafal flat motor dia , stalker facebook dia sampai there are no post to show then kau tahu orang tu dah berpunya dan kekasih hatinya adalah orang yang kau tak sangka dan kau rasa loser lima minit. Aku rasa macam semua orang ketawa mengejek lepas tu bersorak sebab aku tewas dengan perasaan aku sendiri dan mengjakikan betul perangai tu .Ya , aku tahu kenyataan ni memang sadis gila dan aku kena belajar terima kenyataan yang dia bukan jodoh aku . Hahaha

Dan sekarang , aku cuma mintak kau doakan aku dapat jawab periksa killer ni dengan tenang .



" Jika kita suka seseorang , minta pada Allah supaya dekatkan jodoh kita . Jangan beritahu perasaan kita kepada dia kerana perasaan itu akan hilang sedikit demi sedikit "
Sekian .

Saturday, November 24, 2012

KAU


Assalamualaikum . Hari ni bukan gambar aku pemula bicara . 
Selamat Hari Jadi Alia . Semoga panjang umur , murah rezeki dan berjaya dalam Stpm . 
Ucapan biasa untuk semua orang . Alhamdulillah , semua plan berjalan lancar . 
Terima kasih untuk semua . 

Telah aku ingatkan , jangan percaya dekat orang lain walaupun bestfriend kau masa hari jadi kau . 
Dan akhirnya , kau tertipu jugak . Terima kasih sebab terima semua kejutan dengan hati yang terbuka . 
Parti hari jadi kau aku rasa paling special . Dengan ditemani ombak yang memukul batuan , matahari yang hampir terbenam , aku rasa itu semua cukup untuk kau simpan dalam memori 100 gb ingatan kau . 

Minta maaf sebab kitaorang tak mampu nak sediakan makanan untuk kau . Harap kau tak kecik hati . Tepung cempaka je yang kami mampu untuk buat kenangan . Maaf sekali lagi . 


Untuk pertama kalinya kita berjaya buat cover album . 
Nanti kita pergi sini lagi eh . 
Sungguh best kat sini , menjerit , berlari semua nya . 
Release tension mungkin , padahal baru habis 3 paper . 
5 days more to go . Good Luck semua ! 


Dengan berakhirnya hari jadi alia , maka berakhirnya sesi berparti untuk tahun 2012 . 

Terima kasih untuk semua yang terlibat . Segala idea yang dicurahkan akan dikitar 

semula untuk tahun yang seterusnya .

Sekian . 

Friday, November 16, 2012

LEPAS



Assalamualaikum .

Pertama sekali , Selamat Hari Lahir Faradila . 

Semoga panjang umur , murah rezeki dan sihat selalu .

Semoga cemerlang dalam Stpm dan berbahagia bersama yang tersayang . 




Aku telah diamanahkan menjadi supir rasmi keluarga aku . 

Menurut semua perintah dari mem besar tanpa membantah . 

"Ngah , pergi sana . Mak nak beli bla bla bla...."

Ya , mak . Seorang anak yang comel mana memberontak apabila disuruhkan .

Jalan pergi bandar tu perkara biasa , meredah jalan sesak tu memang tak boleh elak . 

Sebab keluarga , maka diiyakan sahaja . 

Walau sesibuk mana pun aku , kebajikan mereka tetap aku jaga . Ceit ! 

Aku memang anak baik , wehuuu .




Bila memandu , aku ingat semua pesan bos besar .

Pertama , pakai seat belt pergi bandar . Kalau kena saman , bayar sendiri .

Kedua , jangan langgar lampu merah . Kalau kena saman , bayar sendiri . 

Ketiga , parking tepi jalan pakai kupon . Kalau kena saman , bayar sendiri .

Setakat ni , semua tu aku masih ikut . Sikit pon aku tak langgar . 

Tunggu aku ada kereta sendiri baru aku ingkar perintah . Hoho .

Oh , sebelum lupa . Safe journey ayah . 

Semoga selamat pergi dan selamat pulang . 

Jangan lupa gado-gadonya ya ! 

Anak-anak dan isterimu menunggu dengan tangan terbentang luas . 

Sekian .